Salam sejahtera semua. Sebelum saya lanjutkan kisah kembara ini terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat sekelian, tidak kira dimana berada. Semoga kita semua mendapat berkat dari amalan disepanjang Ramadhan al-Mubarak dan semoga melanjutkan amalan ke masa-masa mendatang secara istiqomah...saya mohon ampun dan maaf kerana kemungkinan ada juga salah dan silap saya dalam tulisan2 sebelum ini. Kali ini saya tidak mahu bercerita panjang dengan apa yang saya dan rakan2 saya alami disepanjang kembara kami di Taman Negara Bako. Cuma saya ingin kongsikan antara foto2 menarik yang sempat dirakamkan disepanjang perjalanan sebelum sampai ke taman negara tersebut. Kami tidak sempat mengambil banyak foto kerana ketika perjalanan dengan bot berkuasa kuda 40 tersebut keadaan laut agak bergelora kira2 setinggi 1-1.5 meter dan kurang stabil.
Sekian post saya kali ini, ini adalah antara foto-foto yang telah saya rakamkan disepanjang perjalanan tersebut. Pada masa akan datang saya akan cuba upload foto-foto lain lagi yang antara nya imej batu-batan yang saya dapati amat berwarna-warni yang saya kira tidak didapati di mana-mana tempat lain di Malaysia.
Juga saya akan kongsikan foto-foto air terjun, trekking dan sekitar chalet-chalet yang terdapat di sana.
No comments:
Post a Comment