Hotel Comparison at sletoH.com
Submit ExpressSEO Services & Tools

Wednesday 18 July 2012

Kembara sehari ke Taman Negara Bako


Kembara sehari ke Taman Negara Bako.

Taman Negara Bako letaknya kira-kira 60KM dari Bandaraya Kuching, Sarawak, iaitu perjalanan kenderaan dari Kuching ke Kg. Bako selama 40min. dan dengan menaiki bot 40 kuasa kuda ke Check Point 1 di Telok Asam kira-kira 40minit lagi.

Saya dipelawa oleh Cikgu Ashari untuk meneroka Taman Negara ini setelah beberapa kali temujanji yang tidak kesampaian yang disebabkan oleh masaalah-masaalah sampingan seperti kenduri, aktiviti sekolah dan juga aktiviti mingguan kami yang regularly mengadakan painting demo di Kg. Budaya Sarawak setiap Sabtu/Ahad.

Kali ni barulah trip kembara kami dapat dilaksanakan, itupun tidak bermalam di sana kerana esoknya saya dan keluarga akan ke Serikin iaitu syurga membelibelah barang murah di Sempadan Sarawak/Puntianak(Indonesia).

Trip kami bermula dari rumah @ jam 7.30pg dan bertemu dirumah Cikgu Ashari yang kemudian terus ke Kg. Bako. Kampung ini adalah merupakan kampong tradisional nelayan yang telah dipermodenkan dengan infrastruktur yang serupa dengan mana-mana bahagian Malaysia. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu seberang sini dan seberang Sungai Bako. Di sinilah letaknya jeti utama untuk ke Taman Negara Bako. Selain itu terdapat beberapa restoran dan sebuah pasar ikan. Manakala sebuah Sekolah Rendah ditempatkan di seberang sungai.

Sebelum ke Taman Negara, kami bertemu dengan seorang lagi rakan yang akan memandu kami ke destinasi iaitu Cikgu Andin yang merupakan penduduk asal Kg. Bako. Kami berkesempatan menikmati minum pagi di jeti sambil memerhatikan gelagat ramainya pelancong asing, antaranya yang difahamkan ada antaranya dari Itali, German, USA, Australia dll. Kemudian kami menaiki bot tambang dengan bayaran 40 sen/orang untuk ke seberang sungai bagi melihat-lihat suasana Kg. Bako. Kami juga sempat menyewa sekali lagi bot tambang dengan bayaran charter @ RM5/bot untuk menyusuri Sungai Bako hingga beberapa KM ke hulu sambil melihat-lihat aktiviti penduduk dan pemandangan indah yang masih lagi belum terusik oleh pembangunan Bandar.



Kembara ke Taman Negara Bako bermula dengan menaiki bot dari jeti selama 40 minit iaitu kira-kira pada jam 10.30pg. Perjalanan ini yang sepatutnya sampai lebih awal telah agak lewat kerana terlalu banyak pemandangan indah yang ingin dirakamkan dengan lensa ajaib kami. Sampai sahaja di Telok Asam yang merupakan blok pentadbiran bagi Taman Negara Bako, kami terus membuat kembara secara berjalan kaki. Terdapat banyak chalet-chalet penginapan yang semuanya di bawah pentadbiran Sarawak Forestry dengan bayaran yang amat murah iaitu sekitar RM60-RM125/hari samaada dengan sistem pendingin hawa dan juga kipas. Terdapat sebuah restoran yang menghidangkan bermacam-macam jenis laukpauk dengan harga yang lebih murah dari mana-mana tempat pelancongan. Sebagai contoh minuman teh ais @ RM1.00/gelas. Antara kemudahan lain lagi ialah surau, bilik pameran, jungle track dll.

Secara keseluruhannya kembara di Taman Negara Bako secara umumnya sebenarnya tidak akan cukup sekadar sehari. Perjalanan kami amat menyeronokkan dan melekakan kerana setelah mengambil masa untuk makan, rehat serta solat dan meneruskan penerokaan ke bahagian-bahagian lain, maka masa untuk kembali telahpun sampai. Apa yang penting saya telahpun sampai di sini dan menikmati udara nyaman perhutanan dan laut damai. Suasana dingin air terjun yang ada di sini walaupun cukup untuk sekadar satu keluarga mandi-manda, ia sangat memberi kenangan kerana keunikannya tidak terdapat di tempat lain. Apa yang uniknya air terjun ini…? Sila perhatikan foto yang di upload… terdapat air yang keluar dari bumbung airterjun…(kena datang tengok sendiri!) dan air ini boleh diminum kerana ia adalah mineral.

Ok..setakat ini dahulu kerana kembara ini tidak akan selesai. Banyak lagi tempat-tempat menarik lain yang boleh kita lawati di sini kerana kami hanya di Check Point 1(Telok Asam). Terdapat banyak lagi destinasi yang ditetapkan oleh Sarawak Forestry untuk di lawati seperti Pulai Lakei, Paku, T. Pandan Besar/Kecil, Tajor, Tg. Rhu, Bukit Kruing, Telok Limau, Telok Sibur dll.

Perlu saya tekankan di sini, kembara ke Pulau Lakei yang diberitakan airnya jernih tempat ikan-ikan berwarna warni bermain-main di tepian pantai…sinaran mentari pagi dan petangnya dengan bayangan Gunung Santubong dari kejauhan amat menjadi igauan dan syurga bagi penggemar fotografi…huh….!

No comments:

Post a Comment