Hotel Comparison at sletoH.com
Submit ExpressSEO Services & Tools

Tuesday 27 November 2012

Foto-foto 'Rock Formations' di Taman Negara Bako

Salam sejahtera semua, antara foto-foto batu batan yang terdapat di Taman Negara Bako, Sarawak. Foto-foto tersebut saya masukkan dalam photo album di sini -

http://www.photoboxgallery.com/infiniteshutter

Salah satu foto yang ada dalam koleksi saya.

Sekiranya ada yang berminat untuk ke Taman Negara Bako, saya sedia membantu menguruskan pengembaraan teman-teman semua. Perjalanan yang dicadangkan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
- Jumaat: Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, bermalam di hotel di Bandaraya Kuching
               dan berjalan-jalan di bandar jika ada masa.
- Sabtu  : Sekitar 8.00pg selepas minum pagi bertolak ke Jeti Kg. Bako(lebih kurang 36km)
-              Menaiki bot ke Telok Assam(Pusat Pentadbiran Taman Negara Bako) untuk login chalet
-              Aktiviti pengembaraan bermula sehingga petang (sampai semula di chalet sekitar 6.00petang)
-              Makan malam dan pengembaraan semula untuk melihat kelip-kelip serta haiwan-haiwan malam di
               sekitar berdekatan dan kembali ke chalet sekitar jam 10-11 mlm. dan tidor
- Ahad   :Pagi, selepas minum pagi menyambung kembali pengembaraan ke bahagian taman yang lain

Perjalanan dengan berjalan kaki akan mengambil jarak sekitar antara 10-15km (jika berkesanggupan) dengan mendaki dan menuruni bukit dan lurah sambil menikmati keindahan pantai, laut, flora/fauna dan juga mengharungi sungai-sungai kecil dengan dipandu oleh seorang guide....selamat berjaya!
Nota : Dari pengalaman saya tempoh terbaik untuk mengembara di Taman Negara ialah dengan pakej 3hari 2 mlm. Ini adalah supaya pengembaraan boleh dilakukan dengan secara 'slow and steady' tanpa terburu-buru kerana bukan sahaja letih, tapi ia juga dapat menampung masa kita untuk menikmati alam sekitar taman yang indah tanpa perlu tergesa-gesa mengejar masa.

Permulaan kembara ialah dari Lapangan Antarabangsa Kuching ke Taman Negara Bako dan kembali semula ke airpot dengan diiringi oleh seorang guide. Semua kos terlibat akan dimasukkan dalam satu kos yang akan dikira berdasarkan keperluan teman-teman semua.
 Antara kos-kos yang dicadangkan ialah:-
- bayaran guide
- penginapan hotel/chalet
- kenderaan
- makan/minum
- tambang bot
- air mineral/biskut(jika perlu)
- kos-kos tambahan mengikut keperluan

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mandi-manda, kembara jungle trekking(keutamaan), meninjau haiwan liar(keutamaan ialah monyet belanda proboscis), kelip-kelip malam, fotografi(sunset/sunrise/lanscape) dan mengkaji kejadian batu batan(rock formations).
Harga sebenar tidak dapat ditetapkan kerana ia biasanya kan bergantung kepada keperluan pengunjung. Kebiasaannya tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah sehingga saya sendiri pun 'mis syoru'...Saya bagaimanapun akan memberikan cadangan-cadangan yang bersesuaian dengan masa dan keperluan/tujuan anda ke Taman Negara Bako. Ini meliputi tujuan fotografi, melihat haiwan/tumbuh tumbuhan, sains, kajian hutan atau bagi tujuan kembara semata-mata....selamat datang!
Jika ada enquiry untuk kembara ini silalah berbincang dengan saya melalui email saya: terokatours@gmail.com atau telefon direct pun boleh 0133691883. Saya lebih suka email sebab lebih mudah untuk saya terangkan dan lampirkan jadual perjalanan serta kos-kos terlibat...terima kasih.

No comments:

Post a Comment